10 May 2008
On “Diariku” Dated 3rd May 2008
Posted by imranajmain under diariku | Tags: diariku, drama, imran ajmain, lagu tempatan, suria |I write a fortnightly column in Malay, in Singapore’s Berita Minggu thanks to the Entertainment Editor over there, Hanim Mohd Salleh. I’ve been writing it since March, touching on topics on developing the Malay music scene in Singapore. The email address stated in that column is a generic one meant probably for interns, so I do not get to manage the mails, if there are any. However, feedback have been coming in online, from those who’ve found me online. Here’s the article.
Gunakan Lagu Tempatan Untuk Lagu Tema Drama
Saya sangat bertuah apabila lagu ‘Seribu Tahun’ dijadikan lagu tema untuk drama di TV3. Baru baru ini drama “Kerana Cinta Ku Saerah” telah pun diulangi tayangannya. Saya tidak menafikan sokongan ini yang membantu saya menempah nama di seberang tambak.
Ini adalah satu prosedur yang dibiasakan oleh syarikat produksi televisyen. Penerbit drama sentiasa mencari lagu-lagu baru dan pengurus (ataupun artisnya sendiri) pun selalu bersedia untuk memberi melodi baru mereka dengan harapan ia akan dimuatkan ke dalam drama baru. Sedutan dari lagu tersebut boleh digunakan dalam babak-babak tertentu ataupun kalau bertuah, lagunya digunakan secara keseluruhannya di montaj permulaan dan akhirnya drama itu.
Kekadang rancangan televisyen, bukan sahaja drama, sering menggunakan muzik bebas hak-cipta (“royalty-free”). Ada kala juga montaj pembukaan menggunakan lagu yang dicipta khusus untuk rancangan itu, tetapi dinyanyikan oleh pelakon ataupengacara yang terlibat. Saya rasa itu adalah tindakan yang membahayakan komuniti penyanyi profesional. Kalau rancangan ‘Krayon’ tu boleh lah! Tetapi drama swasta high-ratings pun ada buat sedemikian!
Televisyen mempunyai kuasa lebih hebat dari radio dan di kalangan masyarakat Melayu di Singapura, ia masih lebih kuat bila dibandingkan dengan promosi di Internet. Jadi, sebagai seorang penyanyi/pencipta lagu tanah-air, saya rasa kepentingan cara mempromosikan muzik saya melalui montaj drama atau apa apa pun rancangan televisyen.
Hampir kesemua drama di RTM, TV3, dan Astro menggunakan lagu-lagu artis yang telah pun siap, dan bukannya yang diciptakan khas untuk rancangan tersebut. Malah, drama seperti ‘Dunia Baru’, ‘Gol & Gincu’ dan ‘Emil Emilda’ adalah contoh drama yang menggunakan muzik artis tempatan sepanjang isi drama tersebut. Ini barulah dipanggil soundtrack. Ini juga boleh ditiru disini kerana kami mempunyai banyak lagu-lagu tempatan, dan juga banyak drama-drama baru! Baru baru ini drama ‘Satu Jam’ arahan M Nazrin di Suria sudah memulakan trend menggunakan lagu-lagu tempatan! Syabas kepada beliau kerana memberi kepercayaannya kepada bakat tanah air!
Bila pihak terbitan bersetuju dengan lagu yang paling sesuai, artis atau pencipta lagu tidak pun perlu menerima sebarang bayaran. Lagi lagi jika lagu tersebut telah pun siap untuk diputar. Jika lagu tersebut digubah khas untuk rancangan itu, lain cerita lah! Nama-nama artis, penulis lirik, penggubah lagu dan penerbit pula dimuatkan semasa kredit dihujung episod. Dalam kes-kes istimewa, grafik album artis itu pun kekadang turut diselitkan juga.
Lagu dan artis yang beruntung itu akan mendapat promosi secara percuma selama tayangan drama tersebut, biasanya, sepanjang 7 hingga 13 minggu. Ia akan membantu pemuzik dan artis tanah-air kita! Lagi-lagi kalau radio pun mula memutarkan lagu tersebut dengan ungkapan “Lagu tema drama terbaru di TV!”. Barulah ada dynamics! Saya dengar-dengar Addy Cradle akan menerbitkan album guitar akustik. Pantas album itu menjadi soundtrack drama yang akan datang!
Saya rasa ini hanyalah satu cara kami membantu membangkitkan muzik tanah-air kita sedikit sebanyak. Banyak lagi kita boleh lakukan! Tetapi saya tak boleh cakap banyak-banyak sangat, nanti lain jadinya!
Here is the feedback:
I would like to highlight the article you wrote for last sunday dated 3 May 2008.
There is this line “Baru-baru ini drama Satu Jam arahan M Nazrin di Suria sudah memulakan trend menggunakan lagu-lagu tempatan!”
Actually kan…Menggunakan lagu-lagu tempatan untuk drama sudah dimulakan lebih dari 10 tahun lalu. Salah satunya drama yang memulakan trend itu adalah drama Sayang Semuanya arahan Lut Ali dimana local Komposer telah dicommisioned untuk composed lagu tema tersebut. Dan dalam drama itu juga diselitkan lagu-lagu local artis-artis yang lain.
Dan pada tahun itu jugalah tahun di mana allahyarham Bani Farouk telah memenangi kategori Lagu Tema Terbaik dalam Pesta Perdana.
Since then there were many other production companies who did their own theme song. Even for a latest kids programme, Safari, which was aired earlier this year, it had our own soundtrack composed by local artiste, TZI.
Intention saya highlight this matter is to let you know that many production houses have been supporting local artistes and music scene.
As much as we can we would like to even use their songs regularly in our dramas and other programme but sometime… some of these artists demand too much… like royalties and exorbitant upfront just to use their songs…
Thank you very much for your time and kind attention…
Hope you had a great week…
Wahyu
If you’d like to write to me regarding the topics I write about, please do so to beatssociety@gmail.com or imran@beats.sg
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.